Bakal duduki SPM tahun ini, gadis 17 tahun selamat bergelar isteri orang

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak elok lengahkan perkara yang baik, nampaknya ramai yang mengambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ada yang sudah siap lakukan persiapan, ada juga yang serba ringkas namun kedua-duanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.



Namun lain pula dengan pasangan pengantin ini yang mendapat perhatian warganet kerena masih dibangku sekolah.



Kahwin pada usia muda

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Amyra Hanifah berkongsi sedikit detik-detik indah akan pernikahannya dengan jejak pilihan hati baru-baru ini.

Apa yang mengejutkan adalah gadis tersebut baru sahaja berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Mula-mula memang susah nak terima

Menurutnya, sememangnya sukar untuk terima lamaran dari kekasih hati untuk halalkan hubungan mereka, namun mereka selamat disatukan tidak lama selepas itu.

Sedondon dengan busana berwarna putih, pasangan ini juga kelihatan sepadan apabila bersama.




Akan bersekolah kembali

Menurut Amyra, dia akan memulakan persekolahannya kembali seperti biasa pada minggu hadapan berikutan menetap di kawasan PKPB.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan ini, namun ada juga yang tertanya-tanya akan proses untuk berkahwin muda.

Bahkan, ada juga meluahkan rasa sedih kerana masih lagi menunggu seseorang yang tepat sebagai pasangan hidup.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen