Pejabat agama sesak sebelum PKP, ramai pasangan panic nikah

Susulan pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula semalam yang melibatkan enam buah negeri, tentunya mencetuskan kebimbangan bakal pengantin.

Bimbang PKP berlanjutan

Lebih-lebih lagi mereka yang telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat, malah ada juga yang bimbang sekiranya PKP ini berlanjutan dan tidak hanya 2 minggu.



Berikutan itu, rata-rata pasangan pengantin telah mengambil keputusan pantas dengan mempercepatkan pernikahan mereka sebelum bermulanya PKP.



Pejabat agama penuh sesak

Menerusi perkongsian seorang jurugambar melalui laman Facebook, Ricol Kal El berkongsi situasi di Pejabat Agama Sabah yang penuh sesak dengan pasangan pengantin.



Ricol turut memuat naik beberapa keping gambar bagi memaparkan keadaan sebenar di pejabat agama tersebut.



Semua ini tercetus apabila Selasa lalu merupakan hari terakhir untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga berikutan sepanjang tempoh PKP segala aktiviti sosial tidak dibenarkan sama sekali.

Bimbang sampai bila PKP akan berlanjutan, masing-masing membuat keputusan mempercepatkan pernikahan mereka.



Sementara menunggu giliran

Berdasarkan gambar yang dikongsi, menunjukkan di hadapan pejabat agama berkenaan dipenuhi dengan kehadiran bakal pengantin berserta keluarga masing-masing yang menunggu giliran mereka.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mendoakan pasangan pengantin tersebut malah ada juga yang menyatakan bahawa mereka turut ada di sana pada malam itu.




 

Anda masih keseorangan?

840,237 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen