Kes Covid-19 di Sabah meningkat kerana rakyat leka pada SOP

Sabah telah menunjukkan kadar penurunan kes baru harian yang baik sejak kebelakangan ini. Namun, pada hari pertama apabila PKP mula dilaksanakan di negeri tersebut semalam, Sabah telah merekodkan 450 kes baharu positif Covid-19 dengan tiga kematian. Masing-masing di Papar, Kudat dan Tawau menjadikan kumulatif sembuh seramai 41,899 orang.

(adsense_code slot="7107598670"]

Pematuhan SOP yang rendah

Maklumat tersebut telah disampaikan oleh jurucakap Covid-19 Sabah iaitu Datuk Masidi Manjun yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Menurt beliau pencapaian itu merosot berbanding purata peratus yang direkodkan di negeri Sabah dua minggu sebelum akhir tahun lalu, ketika kes Covid-19 menunjukkan penurunan yang baik.

"Kemerosotan tahap pematuhan SOP menjadi punca kes baharu positif Covid-19 do Sabah meningkat semula bermula pada akhir tahun lalu disebabkan kelalaian orang ramai yang mula ambil mudah SOP selepas kes penurunan tersebut"

-Datuk Masidi-

Kes baharu di Sabah membimbangkan

Melihat keadaan yang semakin serius itu menjadikan Sabah kini tersenarai antara 6 buah negeri yang perlu menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari 

"Sebanyak 22 daerah kekal dalam zon merah semalam, diikuti dua daerah dalam zon jingga iaitu Kuala Penyu dan Beluran manakala Tongod, Nabawan dan Telupid dalam zon Kuning"

"Daripada 450 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 322 kes berpunca daripada saringan kontak rapat, diikuti saringan bergejala 80 kes dan 14 kes melalui saringan kluster sedia ada.

-Datuk Masidi-

Jumlah kes baharu yang membimbangkan itu, kini PDRM di Sabah telah melaksanakan sebanyak 12 sekatan Jalan Raya dan hasil daripada sekatan tersebut sejumlah 4 kenderaan diarah berpatah balik, manakal 18 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen