Jenama 'Harimau Menangis' belum lulus, MyIPO minta Noor Kartini tak 'claim' apa-apa

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan kenyataan ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakwa beliau telah membuat pemohonan ‘trademark’ Daging Harimau Menangis sebagai nama produknya.

Walau bagaimanapun, ibu kepada usahawan terkenal itu diminta tidak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan selain menjadi hak ekslusif beliau.



Menurut, Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin, MyIPO menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

“Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya.

Jelasnya, MyIPO akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.



Selain itu, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen