Sepatutnya nikah bulan Februari, tapi dengar PKP diumumkan tunang terus ajak nikah

Tahun yang paling mencabar menjelang 2021. Sehingga semalam, ruangan media sosial terus dibanjiri dengan pelbagai gelagat dan ragam pasangan yang pernikahannya perlu diawalkan disebabkan PKP.

Demikian jugalah yang berlaku kepada pasangan pengantin ini. Menerusi akaun twitter miliknya yang bernama Diyana, dia dan pasangan telah mengambil keputusan untuk berkahwin semalam walhal hari sepatutnya pernikahan itu berlangsung adalah pada bulan Februari.

Borang nikah dah siap, tunggu akad nikah je.

Menerusi muat naik di Twitter, Diyana menjelaskan bahawa walaupun tarikh pernikahan tersebut pada bulan Februari, namun dia dan pasangan sudahpun mempersiapkan semuanya lebih awal sebelumnya.

Melihat keadaan semasa yang semakin serius, tunangnya mengambil keputusan untuk bernikah dengannya sebelum pelaksanaan PKP pada 13 januari 2021 yang lalu.

Nasib borang nikah dah siap awal!

 

Menerusi portal MauKerja, Diyana menjelaskan bahawa persiapan yang dilakukan tidak lebih daripada 24 jam dan sememangnya mengejutkan ramai pihak terutamanya keluarga dan kenalan. 

 

Keluarga sungguh-sungguh setup dewan!

Menurut Diyana lagi, ahli keluarga dan kenalannya bertungkus-lumus membuat persiapan, walaupun pada awalnya dia dan suami hanyalah ingin membuat majlis di rumah sahaja, namun berkat pertolongan ramai dia turut mengadakan majlis di dewan. 

Dah sah bergelar suami isteri!

Panik nikah, sweet je pasangan ni! 

Perkongsian daripada Diyana telah mendapat perhatian ramai sehingga telah tular di media sosial. 

Rata-ratanya ramai yang mendoakan semoga pernikahannya bahagia hingga dan ke akhir hayat. 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen