Dah 7 kali tangguh hasrat, pasangan nekad buat persiapan 'last minute' nikah sebelum PKP

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak mahu jalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersendirian seperti PKP lalu, rata-rata mereka yang bujang telah memilih untuk berkahwin pada hari sebelum PKP dilaksanakan.



Berikutan itu, sejak semalam lagi tular beberapa kisah akan pasangan yang mempercepatkan pernikahan mereka dengan segala persiapan yang termudah.

7 kali tangguh majlis

Sama juga dengan pasangan ini, yang memilih untuk melangsungkan pernikahan sebelum PKP bermula selepas 7 kali menangguhkan hasrat mendirikan rumah tangga itu.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Nurin Afiqah yang merupakan model dan juga Instafamous, meluahkan rasa syukur apabila pernikahan dengan suami, Fairuz berjalan dengan lancar.

Tukar segala plan asal

Difahamkan, segala persiapan dilakukan pasangan ini hanya mengambil masa kurang dari 48 jam. Bukan itu sahaja, dalam tempoh yang singkat mereka juga berjaya menukar tarikh serta lokasi.



Cukup bernasib baik apabila busana pernikahan mereka yang ditempah khas sempat disiapkan pada waktu yang terhad.

Last minute pun meriah

Walaupun persiapan tersebut mengambil masa yang singkat, namun majlis akad nikah pasangan ini ternyata cukup meriah apabila dihadiri keluarga terdekat dan juga sahabat handai.



Lebih mengejutkan, segala persiapan yang boleh dikatakan last minute itu juga begitu sempurna dan terlihat bukan seperti persiapan yang tergesa-gesa.

Perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah serta turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen