Gemar makan 'buah kembar', wanita tak sangka boleh dapat anak 'triplet'

Tidak pernah terfikir untuk memiliki anak kembar, apatah lagi kembar tiga namun itulah rezeki yang tidak boleh disangkal.



Menerusi perkongsian laman Facebook, Nor Haniffah Omar sekadar mengimbas kembali kenangan bersama arwah ibu sebelum dia disahkan mengandung kembar tiga.

“Sebelum mengandung kembar, selalu je makan buah yang kembar-kembar macam pisang, petai, jambu. Arwah Ma selalu je cakap, ‘makan la, nanti dapat anak kembar’. Dalam hati cakap ‘mengarut je, tak mungkin la makan benda macam tu dapat anak kembar… mitos je’. Tup tup dapat kembar, arwah Ma la paling happy,” tulisnya pada posting tersebut yang sehingga kini meraih 11,000 perkongsian.

Memetik laporan mStar online, Haniffah menyatakan bahawa dirinya sememangnya sering terjumpa buah-buahan yang bersifat kembar secara kebetulan, malah langsung tidak terniat untuk memiliki cahaya kembar apabila memakannya.

Latar belakang keluarga ada kembar

Menurutnya, sebelah keluarga dia dan keluarga suami ada keturun kembar namun tidak menjangkakan bahawa mereka juga turut mendapat kembar. Malah, anak pertama dan kedua pun dilahirkan bukan kembar.

“Tapi semuanya sebab kententuan Allah, makan buah-buahan kembar itu kebetulan saja, nak mengimbas cerita. Janji Allah itu pasti, rezeki jodoh, ajal, maut semua di tangan Allah,” katanya.

Ingatkan dua rupanya tiga

Mengimbau kembali saat dia mengandungkan ketiganya itu, Haniffah menyatakan bahawa kali pertama membuat pemerikasaan sewaktu usia kandungan 14 minggu, dia dan suami sudah sedia maklum bahawa bakal menimang kembar dua.



Bagaimanapun, selepas masuk 19 minggu doktor mengesahkan bukan dua tapi tiga, malah turut membuat scan secara detail untuk kali kedua dan sah hamil kembar tiga.

Alahan yang teruk

Wanita berusia 31 tahun itu juga berkata bahawa sewaktu kehamilannya itu dia berdepan dengan alahan yang sangat teruk.

“Saya terlalu lemah kerana kerap muntah, memang banyak masa dihabiskan dengan tidur sahaja. Ketika itu berat badan daripada 78kg susut menjadi 58kg sahaja. Alahan berterusan sehingga kandungan berusia 6 bulan,” kongsinya.

Tambahnya, proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, cuma selepas melahirkan dia terpaksa menjaga anaknya sendirian berikutan suami berkerja di Kuala Lumpur.



Bagaimanapun, dia bersyukur apabila abah, dan keluarga ada untuk membantu malah anak sulungnya juga sudah boleh diharapkan.



Tidak menyangka perkongsiannya akan tular, Haniffah turut meluahkan rasa terharu apabila mendapat komen positif dari warganet malah turut menyatakan sesiapa yang teringin memiliki anak kembar perlu kuat mental dan fizikal.

Anda masih keseorangan?

840,215 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen