Buat laporan palsu kata dirogol, pelakon drama pendek di YouTube didakwa

Kecoh di media sosial apabila seorang pelakon drama pendek di YouTube, Nor Hafizah Shamsuddin didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bahru hari ini.



Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 31 tahun berhadapan dua pertuduhan pemerasan dan membuat laporan palsu mengenai kejadian rogol, pada Disember lalu namun mengaku tidak bersalah.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pemerasan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan sesuatu bencana iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa lelaki itu merogolnya.



Sehubungan dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan kedua pula, Hafizah didakwa memberi maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dia telah dirogol oleh lelaki sama dengan seorang lagi lelaki yang berusia 21 tahun.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Riduan Ismail meminta jaminan yang minimum kerana anak guamnya seorang suri rumah dan perlu menjaga empat anak berusia 10 tahun, lapan, tiga dan dua tahun selain suami yang hanya berniaga.



Anda masih keseorangan?

840,223 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen