Rasa terganggu, lelaki bina 11 bonggol guna duit i-Sinar mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular beberapa hari lalu di media sosial apabila seorang lelaki memuat naik gambar akan laluan utama ke rumahnya telah pun dibina dengan beberapa bonggol yang tinggi dipercayai dibina oleh jirannya.



Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berkenaan yang membina 11 bongol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih telah pun memohon maaf atas perbuatannya.



Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

"Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

"Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ," katanya.

Menurut Roslam, membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

"Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

"Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda," katanya.

Jelasnya, dia juga telah membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen