Jom Kita Kenali Personaliti Seseorang Itu Melalui Jenis-Jenis Kopi Kegemaran Mereka .

Sehari kalau tak dapat secawan kopi rasa macam tak lengkap je diri. Kopi ni macam minuman wajib diambil setiap pagi. Betul tak? Ada orang suka kopi yang pekat dan hitam dan pahit dan ada juga orang suka kopi yang dicampur dengan creamer manis melekit. Masing-masing ada pilihan tersendiri. Jangan main-main, sebab ada sesetengah orang dia memang tetap dengan pilihan kopi dia tu bertahun-tahun lamanya dan tak pernah berubah.



Haa..sebabkan inilah kita boleh tahu personaliti seseorang itu berdasarkan kopinya. Ini bukannya main-main kerana ada kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Jom tanya pada diri, apakah maksud disebalik pilihan kopi korang tu?

1. Peminat tegar cappuchino, seorang yang berkuasa.

Mungkin korang tak nak mengaku tapi mereka yang minat cappuchino ni adalah seseorang yang suka pada kuasa. Korang mungkin seseorang yang sedikit keterlaluan tetapi bestnya korang ni sangat kreatif dan bermotivasi tinggi. Sifat jujur ada dalam diri dan korang tahu apa yang diri korang mahukan dan akan kekal orang paling hadapan dalam segala perkara. Korang juga senang untuk berasa bosan tetapi korang ni sangatlah taat pada kawan-kawan!



2. Team Affogato, jenis yang periang dan fun!

Sama seperti pilihan kopi korang iaitu kopi hitam pekat dan sedikit manisan diatas! Korang adalah individu yang sangat riang, gembira dan sering kali bersedia untuk happy time. Korang sememangnya bukan jenis morning person dan lebih gemar aktif diwaktu malam. Korang juga gemar minum kopi selepas makan malam, iye ke? Korang ini jenis yang sangat fun tetapi korang lakukan tugas mengikut masa dan retak sendiri.

3. Ada yang gemar ristretto? Memang korang rare lah.

Confirm korang ni jenis yang rare. Korang sebenarnya sedar yang korang ni rare sebab siapa je yang order kopi sebegini kan? Hehe..Barista pun akan cakap yang korang ni rare betul, kalau tak percaya cuba tanya. Korang ni memang terbuktilah ada atste yang sangat berkelas tapi korang bukannya jenis yang try hard acah-acah hipster ke apa. Mungkin ada harinya korang kena cuba latte pual, betul tak?

4. Espresso lover! Janganlah terburu-buru sangat.

Cepat dan senang dan terus on the point! Korang ni jenis yang selalu terburu-buru jadi sebab itulah korang gemar kopi yang kuat dan pekat dan cepat. Korang ini adalah seorang ketua dan bekerja keras tetapi perlukan sesuatu untuk nak hit korang. Secawan kopi espresso lah jawapannya! Kalau tak dapat kopi memang moody teruk lah. Korang tahu bagaimana mahu dapatkan apa yang korang mahukan dan korang selalu di track yang betul. Chill sikit mungkin harini korang ke slow-slow dan enjoy the day je.



5. Long black kopi adalah seorang yang straightforward.

Senang cakap korang ni jenis yang straightforward, dan kalau nak aim satu benda tu memang straight je terus aim. Korang minat warna hitam dan putih dan bukan jenis yang suka mess around. Tapi inilah kualiti yang orang sekeliling gemarkan. Korang inilah minimalist yang gambar dekat instagram tu berseni dan warna hitam putih je. Ada masa korang ni pendiam dan sedikit moody dan juga mungkin orang ingat korang ni jenis yang srious je. Ambillah masa untuk tukar selera dan campurkan susu dalam kopi korang untuk lebih manis!

6. Say yes kepada Latte kerana korang ni suka pastikan kepada perkara berjalan lancar.

Korang suka perkara yang mudah dan kaadng-kadang korang boelh juga jadi sukar untuk buat keputusan. Korang ni lebih suka jadi team player daripada yang memimpin. Korang akan pastikan setiap perkara berjalan dengan smooth dan senang. Tapi korang ni gembira juga untuk dikelilingi dengan perkara yang sukar kadang-kadang. Apa kata korang cuba untuk lakukan sesuatu yang gila-gila dan gembira daripada hanya melakukan perkara biasa dan normal je.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen