Perginya pendakwah terkenal Indonesia Syeikh Ali Jaber

Saat dunia masih bergelut dengan kes Covid-19 yang belum bertemu dengan penghujungnya, kita dikhabarkan pula dengan kematian seorang ulama' terkenal Indonesia yang bernama Syeikh Ali Jaber semalam iaitu pada 14 Januari 2021.

Almarhum merupakan seorang ulama' yang dikenali di seluruh Indonesia. Beliau yang mempunyai hak kerakyatan Indonesia ini telah mula menjalankan dakwah beliau sejak berusia 32 tahun lagi. 

Kesihatan merosot

Sebelum ini Syeikh Ali tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan yang memudaratkan sehinggalah pada 29 Disember, Syeikh Ali Jaber telah disahkan positif Covid-19 dan kemudiannya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada keesokan harinya di hospital yang sama. 

Kemudian, pada 4 Januari yang lalu, Syeikh Ali telah berkongsi di ruangan Instagram miliknya bahawa kesihatannya semakin baik daripada jangkitan tersebut namun dia masih perlu terus berada di hospital berikutan tempoh kuarantin belum selesai.

Namun begitu, kesihatan Syeikh Ali kembali merosot apabila tular di media sosial gambar menunjukkan keadaan beliau yang tidak sedarkan diri menggunakan alat bantuan pernafasan.

 

Syeikh Ali Jaber menghembuskan nafas terakhir.

Pada tanggal 14 Januari 2021, jam 8:30 pagi, Syeikh Ali telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Cempaka Putih sewaktu menjalankan proses pemulihan jangkitan covid-19.

Penghormatan terakhir 

Jenazah selamat dimakamkan di Pondok Pesantren Darul Quran Tangerang pada petang 14 Januari dan penghormatan terakhir  itu dihadiri oleh orang ramai dengan dikawal ketat oleh pihak berkuasa memandangkan isu pandemik juga masih dalam keadaan membimbangkan di sana.

Kepergiannya pasti meninggalkan kesan kepada seantero umat Islam yang mengenali beliau sewaktu hayatnya dahulu terutamanya kepada ahli keluarga yang terdekat.

Semoga tabah menerima Qada' dan Qadar allah dan takziah diucapkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen