Terima dos kedua vaksin Covid-19, Sasha Saidin akui rasa letih

Oleh: Zuzu Yasmine

Disaat kes semakin meningkat di dalam negara, tentunya orang ramai sangat tertunggu-tunggu akan ketibaan vaksin Covid-19 yang telah diterima oleh beberapa negara.

Walau bagaimanapun, Pelakon dan penyanyi Sasha Saidin telah memaklumkan bahawa dirinya dan suami telah selesai mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 itu.



Perkara tersebut dikongsikan menerusi Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur apabila dan dan suami telah lengkap mengambil dos kedua vaksin Covid-19 tepat 21 hari selepas dos pertama.



Dos kedua lebih ringan

Menurutnya, mereka telah dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada booster (penggalak) dan lebih ringan berbanding dos pertama yang diambilnya sebelum ini.

Rasa letih dan sakit kepala

Jelasnya, dia juga diberitahu bahawa kesan sampingan yang dialami untuk suntikan dos kedua juga lebih ringan berbanding suntikan pertama yang boleh membuatkan seseorang demam, alergi dan sebagainya.

“Sebaik pulang ke rumah daripada pust vaksin, saya rasa letih dan mengantuk manakala Sirhan mengalami sakit kepala.

“Bagaimanapun, dengan pengambilan paracetamol dan tidur seketika, sebelum petang badan kami sudah bersama seperti biasa,” kongsinya.

Sasha juga menyatakan bahawa keadaan mereka kini baik biarpun terus memantau keadaan antara satu sama lain malah mereka juga telah menjalani rutin harian seperti biasa.

Penyanyi berusia 45 tahun itu telah menerima vakisn yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal Sinopharm di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen