Tak hamil selepas 2 tahun, wanita redha disahkan miliki dua rahim

Selepas melepasi fasa alam perkahwinan, sudah pastinya setiap pasangan ingin memiliki cahaya mata sendiri.

Namun tidak semua pasangan yang sudah berumah tangga di luar sana bertuah. Ada yang sudah sekian abad berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata, bergantung pada rezeki masing-masing tetapi sebagai umat Islam kita perlu percaya dengan Qada dan Qadar Allah buat hamba-Nya.

Mendengar cerita tentang wanita yang sukar mendapatkan zuriat itu biasa, berikut adalah kisah seorang wanita yang sukar untuk mendapatkan zuriat namun memilik dua rahim.

Kitaran haid datang seperti biasa

Wanita yang dikenali sebagai Scha itu menjelaskan perkara sebenar apabila dia sering didatangi dengan beberapa soalan sensitif daripada mulut-mulut individu yang tidak bertauliah berkenaan dengan zuriat walhal dia sudah mendirikan rumah tangga memasuki tahun kedua.

Scha memperjelaskan lagi tentang keadaan dirinya melalui video Tik Tok miliknya bahawa dia belum pernah lagi mengalami masalah kitaran haid yang mungkin menjadi punca utama kepada masalah rahimnya.

Pernah mengalami cyst

Sebelum berkahwin, Scha telah menjalani ujian kesihatan dan doktor telah mengesahkan bahawa dia mengalami cyst yang memerlukan dia menjalani pembedahan dengan segera bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang lebih buruk.

Bagi seorang wanita, itu merupakan antara perkara yang paling ditakuti dalam kalangan wanita. Kepada yang pernah mengalaminya pasti tahu betapa peritnya menanggung rasa kesakitan itu jika tidak atau menangguhkan daripada menjalani pembedahan.

Ujian CT Scan mendapati sesuatu yang aneh

Ujian buat wanita ini tidak berakhir di situ. Scha mengambil keputusan untuk membuat CT Scan di hospital pula untuk mencari tahu asbab lain kepada masalahnya yang susah untuk mempunyai zuriat sendiri.

Hasil mendapati bahawa rupa-rupanya selama ini dia hidup hanya dengan berfungsikan satu sahaja buah pinggang sedangkan secara normalnya manusia memiliki dua buah pinggang.

Perkara itu wajar saja membuatkan dia berfikir panjang mengenangkan nasib sendiri kerana sebelum ini dia tidak merasakan sesuatu yang pelik dalam kehidupan sehariannya.

Ujian bertubi-tubi

Selepas menjalani pembedahan, lain pula jadinya apabila dia didapati mempunyai dua rahim dan salah satu dari fallapian tubes miliknya tersumbat.Pembedahan itu akhirnya menjadi jawapan buat Scha yang selama ini terus tertanya-tanya di mana silapnya sehingga dia tidak mampu mengandung seperti wanita lain.

Kisah wanita itu mendapat perhatian ramai di akaun Tik Tok miliknya dan rata-rata yang menonton video tersebut telah meninggalkan ratusan komen yang membangkitkan untuk Scha supaya cekal mengharungi ujian tersebut.

Keep Strong,rezeki milik Allah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen