Dihujani ucapan tahniah, Isteri Nabil Ahmad sudah berhijab?

Oleh: Zuzu Yasmine

Semakin ramai rakan selebriti mula mengenakan hijab dan memberi inspirasi kepada peminat mereka.

Terbaru ini, isteri kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, Zira Ayub dikatakan telah mula berhijab selepas terlihat beberapa keping fotonya mengenakan hijab.



Perkara tersebut mula mendapat perhatian warganet apabila melihat Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub yang berkongsi video TikTok bersama anak sulungnya, Naira Mikayla di Instagram.

Menerusi video tersebut, Zira kelihatan ayu dengan mengenakan tudung selendang berwarna putih sambil membuat mimik muka comel bersama anaknya itu.




Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, bekas pramugari AirAsia itu dilihat memuat naik foto pertamanya memakai tudung pada tiga hari lalu.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan agar Zira terus istiqamah dalam perubahannya malah turut memuji bahawa dirinya kelihatan cantik mengenakan tudung.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen