Gara-gara sambal licin terjual, Khairul Aming kesal ada individu kaut untung tipu pelanggan

Oleh: Zuzu Yasmine

Cukup terkenal dengan koleksi resipi masakan yang mudah dan ringkas, tentunya Khairul Aming mempunyai ramai pengikut yang sentiasa ingin tahu resipi terbaru darinya.

Baru-baru ini juga, selebriti media sosial itu berjaya menjual 10 ribu botol sambal hasil air tangannya dalam masa 54 minit sahaja melalui platform Shopee.



Namun begitu, menerusi laman Twitter dan Instagram Khairul Aming, dia meluahkan rasa kesal apabila wujud beberapa individu tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan diatas jualannya.



Malah menurutnya, individu terbabit mendakwa menjadi agent sambal yang dihasilkannya serta menipu duit pelanggan.



Terkilan akan tindakan itu, Khairul Aming memaklumkan bahawa dia tidak pernah melantik mana-mana agent ataupun stokis dalam penjualan sambal keluarannya itu. Malah, segala urusan jual beli dibuat melalui platform Shoppe dan pastinya pihak berkenaan cuba untuk menipu pelanggan.



Berdasarkan laman Twitter miliknya, dia juga memuat naik beberapa tangkapan skrin perbualan dengan indivdiu terbabit yang sememangnya hanya menipu dan ingin menguat keuntungan.



Geram akan tindakan individu tersebut, warganet telah meninggalkan pelbagai komen yang meminta Khairul Aming untuk patenkan produk tersebut malah muak akan sikap individu yang suka mengambil kesempatan ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen