Kerana terlalu minat, lelaki ini beri nama anaknya Nur Diana Danielle sempena nama pelakon itu

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang apabila terlalu minat akan sesetengah selebriti itu, peminat sanggup mengumpul segala barangan yang hampir sama dengan artis kegemaran mereka.

Kalau penyanyi, tentunya akan simpan setiap album lagu yang dikeluarkan manakala kalau pelakon tentunya jadi orang pertama yang berada di panggung wayang apabila filem pelakon kegemaran ditayangkan.



Namun, berlainan pula dengan peminat pelakon jelita Diana Danielle apabila namanya diletakkan pada salah seorang keluarga baru peminatnya itu.



Perkara tersebut dikongsikan olah Diana Danielle apabila memuat naik tangkapan skrin yang diterima menerusi direct message Instagram daripada salah seorang pengikutnya.




Berdasarkan apa yang dikongsikan itu, pengikutnya @irahhhhh_ itu memberitahu bahawa ayah mereka telah menamakan adiknya dengan nama Nur Diana Danielle kerana meminat pelakon tersebut.



Menurut pengikutnya itu, ayahnya sangat meminati pelakon tersebut hingga membuat keputusan untuk menamakan anaknya yang baru lahir dengan nama pelakon itu.

Terharu akan perkara tersebut, Diana Danielle turut mendoakan agar bayi tersebut menjadi anak yang solehah serta penyejuk hati buat keluarganya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen