"Saya rindu mama saya..." - Kanak-kanak sanggup redah gelap ke pusara ibu demi lunaskan rindu

Merindui seseorang yang jauh rasanya sudah begitu mengecewakan, inikan pula merindui seseorang yang telah tiada.



Rasa terbeban dan tidak tahu bagaimana nak dilunaskan itu adalah perkara yang menyakitkan, malah tidak terbayang akan perasaan itu. Lebih perit lagi, yang ‘pergi’ itu adalah ibu tempat bermanja seorang anak yang masih kecil.

Sanggup berjalan dalam gelap

Mungkin itulah yang dirasai tiga orang kanak-kanak ini apabila sanggup berjalan dalam kegelapan hanya untuk menziarahi pusara ibu mereka yang baru sahaja dikebumikan pada awal pagi.

“Saya rindu mama saya”

Kisah yang menyentuh hati itu telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Syaffiq S.Soleh yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang ditemui itu memberitahu bahawa mereka amat merindu ibu mereka yang meninggal dunia selepas bersalin empat hari.




Menurut Syaffiq, rumah kanak-kanak itu tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut menyebabkan mereka berjalan kaki sahaja ke pusara ibu mereka.

“Mama, kakak minta maaf mama”

Lebih sedih lagi apabila salah seorang kanak-kanak tersebut memegang tanah yang masih basah sambil meminta maaf dan meluahkan rasa rindu teramat sangat kepada ibunya.



Syaffiq juga menyatakan bahawa, pada malam tersebut rumah kanak-kanak itu sedang mengadakan majlis tahlil, jadinya tiada orang dewasa yang dapat menemani mereka ke pusara ibu.

Mereka juga dikatakan pergi ke pusara itu dengan kanak-kanak seusia dengannya.

Sebak akan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut bersimpati akan nasib kanak-kanak itu malah mendoakan roh allahyarham ibunya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Pada masa yang sama warganet turut mendoakan agar kanak-kanak itu diberi kekuatan dan terus tabah jalani kehidupan.



Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen