Disahkan positif, lelaki kongsi pengalaman lalui peringkat ke-5 Covid-19

Peningkatan kes Covid-19 di negara ini dilihat semakin meningkat saban hari dan semestinya perkara ini amat membimbangkan orang ramai. 

Pesakit Covid-19 pastinya antara individu yang terkesan apabila mereka perlu menguatkan diri untuk sembuh daripada penyakit ini.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial iaitu Zicko Syah menerusi muat naik status di Facebook. 

Lawan Covid-19 Stage 5!

Zicko Syah yang baru sahaja pulih daripada Covid-19 telah berkongsikan pengalamannya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital, setelah disahkan mendapat virus tersebut pada peringkat kelima. 

Ramai tanya dari mana dapat virus?

Menurut Zicko, dirinya sendiri tidak pasti dari manakah dia mendapatkan virus tersebut. Namun bagi dirinya kata-kata semangat daripada orang ramai amat diperlukan untuknya sembuh daripada virus ini. 
 
 

Hidap Covid-19 pada peringkat ke-5

Menurut Zicko, sewaktu menjalani rawatan dia menghidap covid-19 pada peringkat kelima setelah melalui 5 tahap iaitu sakit teruk dan kegagalan multiorgan sehingga memerlukannya menerima oksigen setiap masa. 
 
 
Syukur Alhamdulillah aku sihat juga selama berberapa hari melawan virus covid-19. ni antara serba sedikit pengalaman aku kena virus covid19 moga2 ada yg baru dijangkiti atau yg belum kena jangkiti kita ambil iktibar semoga kita di jauhkan dri dijangkiti virus ni, sebab ramai menganggap kalo tkena ni kena kurantin 2minggu bagi pnadol dan boleh balik ternaya tidak covid ada peringkat dia. ni serba sedikit tahap jangkitan covid19:
 
Terdapat 5 peringkat klinikal COVID-19.
 
Tahap 1. tanpa gejala.
Tahap 2. simptomatik dan tiada radang paru-paru.
Tahap 3. simptomatik dan radang paru-paru.
Tahap 4. simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan.
Tahap 5. sakit teruk dengan kegagalan multiorgan.
 
 

Disahkan positif Covid-19

Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam on off makan panadol sihat pas tu sakit balik . 5hari juga aku tahan sakit di rumah . lepas tu ada kekuatan sikit baru la p hospital,lepas check doktor sahkan aku POSITIF COVID-19. sedih juga tapi tawakal ja mau sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai symptom yg teruk, ada jenis covid x symptom. ni antara symptom aku:
 
* demam
* sakit kepala
* hilang deria bau
* sesak nafas
* batuk
 
lepas chek aku terus kena bawa di pusat kurantin kota belud , malam pertama aku bgelut sendiri demam yg teruk sakit kepala , demam time tu teruk suhu 38.8 sampai la malam ke 2 d pust kurantin d kota belud aku kena chek dan di bawa semula ke hospital kb untuk rawatan chek tekanan darah dan sbaginya. pukul 3am doktor maklumkan aku akan di hantar di HQE . tepat pukul 4am mcm tu aku sudah start muntah2 pakaian habis basah pas tu tukar baju hospital.
 

Buang air besar atas katil

Menceritakan pengalamannya, Zicko menjelaskan keadaan kesihatannya yang teruk pada ketika itu menyebabkan dia tidak berdaya untuk ke mana-mana, malah ada dalam kalangan pesakit yang terpaksa membuang air besar di atas katil. 

Sampai di hdw baru oksigen aku di naikkan lagi, sebab nafas makin sesak serius mmg susah bernafas padahal aku x sejarah asthma dan sbgainya. keadaan aku makin terkawal d hdw , keesokkan hari nya keadaan aku makin sesak nafas dan di tukar lagi oksigen yg lagi tinggi. mcm2 jarum kena serius sakit lagi2 kena jarum saraf nadi untuk chek tepat oksigen dalam badan.
 
selama berapa hari d hdw kencing & buang air besar semua d atas katil, tp aku jarang buang air besar time d hdw , tapi pernah sekali aku buang air besar semuanya d atas katil 😢 paling risau adalah bab meneran bila2 masa boleh sesak nafas. yes lepas meneran aku sesak nafas yg xampun. kesian nurse semua dorang yg buat bersihkan aku keluar juga air mata balik2 aku ucap “ tq nurse” “ ndak apa bha bisa sudah kami yg penting kamu sihat” hanya Allah balas jasa baik dorang selama aku di sana . tq nurse dan doktor yg jga aku d hdw HQE1. sedih kencing dan buang air besar d katil .
 
 

Alhamdulillah, bebas dari Covid-19

Setelah sebulan bertarung nyawa di hospital, akhirnya dia telah sembuh dan negatif daripada Covid-19. 

"Setelah 4hari d wad biasa perkara yg paling happy adalah aku x perlu sudah guna bantuan alat pernafasan. syukur alhamdulillah dan selepas 11 hari d wad barula merasa masuk toilet !
 
paling happy bila dapat mandi ya Allah teruja mandi setelah 13 hari x mandi menangis dalam toilet berdoa time mandi 😢. Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin ok cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama d wad aku hari2 kena insulline.
 
keadaan aku semakin hari semakin ok di wad biasa , Alhamdulillah. tapi tangan pula bengkak bekas jaram ( bengkak yg amat sakit ) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengakak dan sambung makan antibiotic."
 
 
Zicko juga turut memberi peringatan dan nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga SOP dan memperjelaskan tentang bahayanya virus ini. 
 
Pesanan untuk semua Dont be selfish!!! Frontliners keje siang malam tanpa rehat dah setahun, ambil risiko yg sgt tinggi,kes makin naik,hospital penuh,ambulan smpai tak ckp, wang ringgit xpyh ckp lah berapa dah hbs, tp masih ade lg yg jenis dont care dont bother, sebab ape, sebab tak kene kat batang hidung sendiri.
 
Semoga doa yg ikhlas dr semua ni Allah makbulkan dan hapuskan lah musibah yg melanda kita semua dan selamatkan semua pesakit yg sedang bertarung dgn covid19 ni ya Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen