Perempuan lebih 'complicated', gadis mengaku tak suka kawan sama jantina

Kebanyakan orang berpendapat memiliki kawan yang berlainan jantina tak ke mana pun akhirnya nanti pasti akan ke jinjang pelamin juga kerana lumrah hidup katanya perasaan suka tanpa sengaja tu hadir.

Nilai persahabatan yang jujur

Namun setelah melihat posting di akaun Tik Tok milik Ainaa ini mampukah membuat anda berubah fikiran, best tau kawan dengan lelaki ni, tak ada yang talam dua muka dan suka cakap belakang. Anda akan bertemu dengan nilai persahabatan yang lebih matang sebenarnya.

"Tak suka sangat ramai kawan perempuan sebab complicated"

Amany sendiri mengakui bahawa dia lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Tambahnya lagi, perempuan itu 'complicated'. Meninjau di ruangan komen tenyata rata-rata netizen di luar sana mempunyai pendapat yang sama seperti Amany.

Batas masih dijaga

Sebagai seorang perempuan, wajar perkara itu dititikberatkan kerana dalam islam sendiri sudah diperjelaskan tentang batas-batas pergaulan antara perempuan dan lelaki.

Amany tidak dapat mengelak jika isu itu akan dibangkitkan oleh penonton yang menonton video Tik Tok tersebut namun Amany tidak kekok untuk membalas komen individu yang menegurnya di ruangan komen.

 

Kesimpulannya tak kiralah dengan siapapun kita berkawan, yang penting persahabatannya ikhlas dan tidak mengambil kesempatan antara satu sama lain. Dalam dunia ni memang wujud sejenis yang bermuka dua

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen