Pemegang watak Orkid dalam filem Mukhsin, Sharifah Aryana selamat sah bergelar isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang mengetahui akan filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad bertajuk Mukhsin yang dilakonkan oleh dua orang pelakon muda sekitar tahun 2006 lalu.



Filem tersebut berjaya memenangi pelbagi anugerah serta menaikan nama dua pelakon muda ini iaitu Syafiq Naswip dan juga Sharifah Aryana yang masing-masing ketika itu baru berusia 14 tahun dan 11 tahun.



Selamat menjadi isteri


Semalam, Sharifah Aryana yang mendukung watak Orkid dalam filem tersebut selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Jad Hanif Jimmy dalam majlis yang serba ringkas.



Dihadiri tetamu online


Menerusi Instagram milik anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar ini, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melihat secara atas talian berikutan tidak dapat bersama di majlis tersebut kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).



Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama-sama memudahkan urusannya dalam melangsungkan pernikahan tersebut.



Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah pada pasangan ini atas pernikahan tersebut. Malah, pasangan ini juga memaklumkan perlu menunda majlis resepsi yang telah dirancangkan disebabkan pandemik dan juga kekangan PKP.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen