Individu yang positif dan bergejala dapat dikesan melalui sistem MySejahtera

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil inisiatif baru bagi mengenalpasti individu yang positif Covid-19 dan bergejala melalui Aplikasi Mysejahtera.

 

Mudah dikesan

Melalui aplikasi tersebut, sekiranya pengguna bergejala, mereka akan diberi peringatan setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala Covid-19 di bahagian 'Perlu Dilakukan' bagi tempoh 10 hari berturut-turut dan maklumat itu akan disalurkan terus ke bahagian Covid-19 Assessment Centre (CAC) dan pengguna akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

"Bagi memperkasakan pengguna positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, pengguna juga boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya mereka disahkan positif dan sedang menunggu panggilan dari KKM"

-Dr Noor Hisham Abdullah-

Kemaskini aplikasi MySejahtera

Orang ramai dinasihati untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera  dan menggunakan sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi berkenaan

"Adalah diharapkan dengan pengemaskinian aplikasi tersebut, pengurusan semua kes positif Covid-19 dapat berjalan dengan lebih lancar."

"Ini adalah selaras dengan hasrat KKM untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam kalangan komuniti dengan lebih berkesan"

-Dr. Noor Hisham Abdullah-

Pelbagai usaha telah kerajaan dan KKM lakukan kepada rakyat demi memastikan negara kembali bebas daripada wabak Covid-19 ini namun mentaliti dan tindakan rakyat ada sebahagiannya tidak selaras dengan sasaran kerajaan dan KKM.

Justeru itu, kita perlu bersama-sama menyahut segala seruan kerajaan dan KKM dengan sentiasa patuh kepada SOP dan segera ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan jika mempunyai gejala bagi mengurangkan kadar kebolehjangkitan kepada orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen