Teruja terima menantu, bapa pengantin gigih nyanyi lagu kahwin. Ramai puji sedap

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu lalu, ramai pasangan yang membuat keputusan untuk mempercepatkan pernikahan mereka.


Malah, rata-rata pasangan membuat keputusan tersebut tidak sampai 24 jam sebelum masing-masing sah bergelar suami isteri.

Ringkas tapi bermakna

Sehubungan dengan itu, ada juga antara mereka yang hanya berkesempatan membuat majlis secara kecil-kecilan yang hanya diraikan bersama keluarga tersayang.

Sama seperti pasangan ini yang meraikan majlis serba ringkas bersama keluarga di rumah sahaja, walaupun tidak dipenuhi tetamu tetapi cukup bermakna buat pasangan ini.


Dalam perkongsian seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali Ciahhrah, dia telah memuat naik suasana majlis serba sederhana yang diadakan ketika PKPB dan dihadiri keluarga terdekat.

Gigih lihat ayah nyanyi lagu

Apa yang lebih bermakna adalah apabila ayahnya begitu gigih menyanyikan lagu kahwin buat mereka yang sememangnya mencetuskan tawa orang sekeliling kerana terhibur akan gelagat tersebut.

Apa yang lebih melucukan lagi, kedua-dua pengantin baru berada dalam keadaan statik sambil menunggu masa untuk memotong kek, kerana menunggu bapanya menamatkan persembahan tersebut.

Terhibur dengan gelagat bapa pengantin itu, rata-rata warganet menyatakan bahawa itu hadiah perkahwinan bermakna buat pasangan ini serta turut mendoakan kebahagian pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen