“Sepatutnya hari ini saya nikah...” - Gara-gara PKP hasrat anggota polis untuk bernikah terpaksa ditangguh

Oleh: Zuzu Yasmine

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini pastinya lebih sedih buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi mereka yang telah membuat segala persiapan namun terpaksa dibatalkan berikutan PKP.



Itulah yang terjadi pada anggota polis ini apabila hajat untuk mendirikan rumah tangga terpaksa ditangguhkan berikutan PKP 2.0.

Batal nikah sebab PKP

Seperti foto yang tular di media sosial semalam, terlihat seorang frontliner yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya bersama sekeping kertas di tangannya.



Apa yang menarik perhatian adalah pada kepingan kertas tersebut menyatakan bahawa dirinya sepatutnya bernikah pada 17 Januari lalu.

“Sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.2021.”

Majlis ditunda

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Mohd Ridzuan Baharudin, menyatakan bahawa dia turut tumpang sedih apa yang menimpa sepupunya itu.



Jelas Ridzuan, majlis pernikahan anggota polis yang dikenali sebagai Zaim Nasreen tidak dapat dilaksanakan berikutan telah dipanggil semula untuk bertugas malah majlisnya juga ditunda berikutan PKP 2.0.

“Dia adalah adik sepupuku dan sepatutnya kami meraikan detik hari bersejarah beliau harini tidak kira jauh pun dekat. Di sebabkan PKP 2.0 beliau terpaksa menangguh pernikahannya.”

Perkongsian tersebut telah menarik ramai perhatian warganet yang rata-rata bersimapti akan nasib anggota polis berkenaan, malah turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen