Kluster baru Covid-19 dikesan dari majlis perkahwinan dan tahlil di Pahang

Kes baharu Covid-19 dilihat semakin meningkat seiring dengan pertambahan kluster baru yang dikesan sehingga 16 Januari 2021 yang lalu.

Gara-gara terlalu selesa dengan pelaksanaan tempoh PKPP di beberapa buah negeri, telah membuatkan segelintir individu leka dengan pematuhan SOP dan sebagainya sehingga menyebabkan berlakunya pertambahan lagi kluster baru pada 16 Januari yang lalu.

Kluster Covid-19 di Kampung Lebu

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa kluster tersebut berkait dengan kenduri perkahwinan dan tahlil yang melibatkan daerah Bentong dan Kuantan, Pahang. 

"Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong."

-Dr Noor Hisham Abdullah-

 

Keputusan saringan kontak rapat

Rentetan kejadian itu, sejumlah 21 individu dikesan positif Covid-19 daripada kluster tersebut dan sehingga 16 Januari, sejumlah 80 individu yang hadir ke majlis itu telah disaring.

"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes kes-122,732) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat."

-Dr Noor Hisham Abdullah-

Pertambahan kluster ini sedikit sebanyak juga menjadi penyumbang kepada pertambahan kes baru yang saban hari semakin meningkat sehingga mencecah ke 4 angka sejak kebelakangan ini.

Justeru itu, rakyat perlu elakkan sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen