5 tahun bercinta, gadis terkejut terima berita kekasih bakal berkahwin dengan perempuan lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta bertahun-tahun lamanya bukan bererti dia akan menjadi pasangan hidup yang ditunggu, boleh jadi sekadar satu persinggahan sementara bertemu dengan jodoh sebenar.



Bagaimanapun, tetap akan terluka apabila hubungan bertahun-tahun dikhianati akan kehadiran orang ketiga dalam diam.

Terima undangan perkahwinan

Itulah yang dilalui gadis ini apabila tiba-tiba mendapat undangan perkahwinan dari kekasih hati secara bersama perempuan lain.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, Nadiyaaal telah memuat naik satu video saat rakannya menerima khabar yang mengecewakan apabila mendapat jemputan kahwin dari kekasihnya sendiri.

Menurut Nadiyaaal, ketika itu dia sedang membantu rakannya menyiapkan assignment, namun tiba-tiba rakannya bernama Andina itu menerima mesej dari teman lelakinya.

5 tahun yang sia-sia

Berdasarkan video yang dipaparkan, gadis tersebut bagaikan tidak percaya apa yang dibacanya, dia terlihat terduduk sebelum cuba untuk mengawal kesedihannya.


Lebih sedih lagi, Andina dan lelaki berkenaan sudah hampir 5 tahun bercinta, malah ketika itu gadis tersebut sempat ketawa sebelum menangis sambil ditenteramkan oleh rakannya.



Bersimpati akan nasib yang menimpa gadis tersebut, rata-rata warganet meninggalkan komen yang menaikan semula semangatnya selain mendoakan yang terbaik buat gadis berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen