Sebak, bapa guna kuali dan baldi selamatkan anak dalam banjir

Ketika ini bukan hanya negara kita sahaja yang berdepan dengan banjir besar di beberapa kawasan, hingga memusnahkan harta benda dan penempatan penduduk setempat.

Negara jiran, Indonesia juga ketika ini sedang berdepan nasib yang sama di mana di beberapa tempat mereka juga sedang berdepan dengan banjir besar terutama di Kalimantan Selatan.



Difahamkan, hingga kini puluhan ribu rumah dilaporkan telah dinaiki air hingga menyebabkan ratusan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Banjir teruk melanda penduduk

Lebih sedih lagi, ketika ini masih ramai lagi yang terperangkap akibat banjir tersebut malah masing-masing dalam usaha menyelamatkan diri dan ahli keluarga.


Menerusi perkongsian seorang pengguna laman Twitter @giewahyudi telah memuat naik beberapa keping foto akan usaha mangsa-mangsa menyelamatkan diri mereka dari banjir yang teruk itu.



Apa yang menyentuh hati adalah usaha ibu bapa dalam menyelamatkan anak-anak mereka yang masih kecil di dalam arus banjir yang dalam itu. Boleh dilihat pelbagai kaedah yang digunakan untuk memastikan anak-anak mereka selamat.

“Macam-macam cara ibu bapa guna untuk menyelamatkan anak-anak mereka daripada banjir,” kata @giewahyudi pada perkongsian tersebut.

Pelbagai usaha selamatkan diri

Ada yang cuba pelbagai usaha untuk memastikan anak mereka selamat dengan memasukan anak mereka di dalam baldi, kuali mahupun peti sejuk yang dilengkapi bantal dan selimut sebelum meredah air banjir yang ketika itu berada di paras leher mereka.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai malah rata-rata mereka bersimpati akan nasib mangsa banjir di sana. Sehubungan itu, mereka juga turut mendoakan agar urusan mangsa banjir dimudahkan.



Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen