Dulu benci sekarang sayang, kenal tak sampai seminggu terus ajak nikah

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila terluka kerana cinta, ramai yang mengambil masa untuk move on dari bekas kekasih. Kadang itu, sampai fobia hingga tidak mahu jalinkan hubungan cinta lagi.

Walaupun datang yang lebih baik namun hati sentiasa ragu-ragu untuk memberi peluang dan mulakan hubungan yang baru.



Itulah yang dilalui gadis ini sebelum bertemu dengan seseorang yang boleh merawat segala lukanya seterusnya menjadikan dirinya yang halal.



Dulu benci, sekarang sayang

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Zulaikha Zulkifli yang menceritakan akan pertemuan dirinya dan juga suaminya, Tengku Helmi.

Menurut Zulaikha, mereka sebelum ini kerap terserempak di gelanggang futsal namun tidak berkawan rapat malah tidak senang akan lelaki itu di situ.



Walau bagaimanapun, semuanya mula berubah apabila saling berhubungan antara satu sama lain, malah perasaan benci juga dikatakan telah tiada.



Tak nak bercinta, nak kahwin terus

Ketika saling berkenalan, lelaki tersebut sempat meluahkan hasrat untuk berkenaan dengan dirinya dengan lebih mendalam. Bagaimanapun, Zulaikha memberitahu bahawa dia telah serik selepas dua kali gagal dalam pertunangan sebelum ini.

Bimbang Zulaikha berubah hati, lelaki berkenaan segera bersetuju untuk ke peringkat seterusnya sebelum mereka disatukan seminggu kemudian.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira akan kebahagiaan pasangan selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen