Ambil gambar kabur dan tak 'center', pengantin luah rasa kecewa lihat hasil jurugambar tak bertauliah

Menggunakan khidmat jurugambar ketika mengadakan majlis penting merupakan satu kebiasaan yang berlaku dalam kalangan kita. Hal ini adalah sebagai tanda memperingati semula momen-momen indah seseorang untuk dijadikan tatapan suatu masa nanti.

Namun sering juga kita dengar kisah-kisah yang tak best apabila seseorang itu membuat kesilapan dalam memilih servis mengambil gambar ini. Begitulah yang terjadi kepada seorang pasangan pengantin ini menjelang hari bahagianya.

Indah khabar dari rupa

Memandangkan tarikh majlis perkahwinan perlu dipercepatkan dan jurugambar sebelum ini tidak dapat mengambil tugas tersebut pada hari persandingannya, wanita yang bernama Siti Soleha ini telah mengambil keputusan untuk mencari jurugambar lain yang ada kekosongan pada tarikh hari persandingannya yang jatuh pada tanggal 12 Disember lepas.

 

Jurugambar buat hal dari awal majlis lagi

Menurut Siti Soleha, jurugambar tersebut hadir agak lewat ke majlisnya. sehingga persandingan yang sepatutnya berlangsung pada jam 12 tengah hari  terpaksa dianjakkan sehingga hampir tepat jam 1 petang.

Apabila dihubungi oleh ibu pengantin perempuan, dia memaklumkan bahawa lokasi alamat yang dikongsikan salah menyebabkan dia terpaksa menunggu selama dua jam di rumah berkenaan.

Bukan itu sahaja, menurut wanita itu lagi apabila jurugambar tersebut tiba di majlisnya , dia selekeh dan pakaiannya tidak kemas, sebagai tuan rumah dia merasa kurang enak dengan reaksi tetamu yang lain. 

 

Semua pengantin buat sendiri

Sebagai seorang jurugambar, mereka pasti mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan gambar nampak lawa seperti menitikberatkan posisi kedudukan dan gaya pengantin, mengawal pengcahayaan sekeliling dan sebagainya tetapi tidak dilakukan oleh jurugambar ini.

 

Menerusi cerita yang dikongsikan oleh Siti Soleha di ruangan Facebook miliknya, dapat kita gambarkan betapa syok sendiri dan bertungkus lumusnya pengantin perempuan menguruskan sesi fotografinya sendiri apabila jurugambar langsung tidak peduli bagaimanapun posisi atau keadaan ketika itu.

 

"Dengan kelam kabut nak shoot kami berarak, then bila kat pelamin langsung tak guide kami untuk posing, kami yang kena posing sendiri. Kedudukan ambil gambar ramai-ramai langsung tak susun ke apa."

-Siti Soleha-

 

Tak bagi kerjasama langsung

Selesai majlis indoor, mereka ke sesi outdoor pula. Pada awalnya mereka mengalami kesukaran untuk memilih tempat yang sesuai ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika itu.

 

Service Out!

Sebagai pelanggan, dia juga turut meluahkan rasa kekecewaannya dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat berkenaan. Walaupun ada beberapa gambar telah di-edit tetapi dia masih kesal dengan perkara yang sudah terjadi.

Di akhir kisah ini pasti menimbulkan rasa trauma kepada bakal pengantin yang mungkin dah membuat tempahan servis jurugambar di hari indah mereka.

Apa pun diharapkan selepas ini semua lebih berhati-hati dan rajin-rajinlah buat research sebelum upah jurugambar tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen