Netizen terhibur lihat gelagat Reen Rahim mengaji bersama ibu ayah, siap pegang 'hanger' tu

Seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, tentunya PKP 2.0 kali ini juga ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perkara-perkara yang jarang dilakukan dalam rutin harian.



Ada yang mengasah skill di dapur, eratkan hubungan dalam keluarga malah ada juga yang lebih gunakan masa yang ada untuk dekatkan diri dengan Allah.

Baca Quran sambil disemak ibu

Seperti pelakon cantik manis ini, Reen Rahim telah berkongsi momen membaca al-Quran dan disemak oleh ibu bapanya.



Ayah siap pegang ‘hanger’

Pastinya, peminat-peminat pelakon ini cukup kenal akan telatah Reen yang agak ‘gila-gila’ hinggakan dalam rakaman yang dimuat naik itu bapanya berdiri di belakang memerhatikannya membaca al-Quran sambil memegang penyangkut baju di tangan.




Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pelakon tersebut dan juga hubungan keakrabnya dengan ibu bapa nak-nak lagi aktiviti ibadah yang dilakukan bersama-sama ketika semua orang duduk di rumah ketika ini.




Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen