PM umum bayaran fasa akhir BPN 2.0 akan dipercepatkan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.



Berdasarkan sidang media sebentar tadi, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.


Menurut Perdana Menteri, bayaran fasa akhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan.

Katanya, pembayaran kepada sejumlah 11.1 juta penerima itu akan dipercepatkan mulai 21 Januari ini melibatkan bayaran sebanyak RM2.38 bilion.

“Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada 8 juta penerima. Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,00 sebulan akan menerima RM300 dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula akan menerima RM150,” katanya.




Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen