Gara-gara makan tak habis, gadis ditinggalkan sendirian di restoran

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila meluangkan masa bersama, mana-mana pasangan tentunya akan memilih untuk keluar makan bersama walaupun tanpa ada aktiviti lain.

Ada yang selesa memilih untuk makan di warung tepi jalan, kedai makan biasa malah ada juga yang memilih untuk makan di restoran mewah.



Bila bab makan ini, orang lelaki biasanya akan serahkan sepenuhnya kepada kekasih hati mereka, malah tidak kisah mahal atau murah paling penting selesa.

Orang perempuan selalu tak habis makan

Akan tetapi selalu yang terjadi, tidak kira tempat mahal atau sebaliknya, ramai wanita sangat suka tidak menghabiskan makanan mereka dan akhirnya memberikan kepada teman lelakinya. Sedangkan dari awal mereka yang beria order macam-macam.



Itulah yang terjadi pada gadis ini apabila dirinya tidak mampu menghabiskan makanan yang dipesannya kerana merasakan sudah kenyang dan risau akan muntah sekiranya dipaksa untuk telan.

Ditinggalkan teman lelaki

Melihat pembaziran yang agak banyak, teman lelakinya menghantar mesej yang penuh rasa kecewa kepada gadis tersebut sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu bersendirian di restoran tersebut.



“Lain kali kalau lelaki belanja habiskan”

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet memihak kepada lelaki itu kerana memberi pengajaran kepada teman wanitanya.



Malah turut menasihati agar gadis itu memesan sesuatu yang ringan sahaja sekiranya tidak mampu menghabiskan hidangan portion besar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen