MUA Bellaz dan suami bersanding secara 'live', sempat lagi sakat nak tambah anak

Buat peminat solekan tentunya sangat mengenali MUA Bellaz yang tidak kedekut berkongsi ilmu solekan menerusi media sosial. Celotehnya yang sememangnya kelakar malah sikapnya yang humble sememangnya disenangi ramai orang.



Sebelum ini juga, Bellaz dan suami, Anuar Ahmad baru sahaja menyambut ulang tahun ke-8 malah, bagi mengimbau tarikh bermakna itu juga pasangan ini hanya meraikan bersama di rumah.

Sepadan macam pengantin baru

Bagaimanapun, baru-baru ini pasangan ini tampil segak dan cantik bersanding menerusi live di Facebook bersama-sama bagi meraikan ulang tahun mereka.



Pasangan ini juga kelihatan seperti pengantin baru dengan mengenakan baju pengantin berwarna merah jambu.



Dalam perkongsian itu juga, Bellaz sempat meminta peminatnya terus mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang dibina malah berterima kasih kepada peminatnya yang setia menonton live tersebut.



Sempat minta tambah anak tu

Namun, satu video yang sempat di rakam oleh salah seorang peminatnya di mana suaminya Bellaz sempat berseloroh anak bongsunya, Ean Yusof bakal mempunyai adik pada tahun hadapan.

Terkejut akan usiakan tersebut, Bellaz sempat buat reaksi cuak sebelum memukul manja suaminya memandangkan video tersebut ditonton ramai.


Sehubungan itu, rata-rata warganet terhibur akan gelagat pasangan ini terutama ketika suami Bellaz bergurau seperti itu secara langsung. Malah, turut memuji akan suami isteri yang begitu sporting dan humble.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen