Jauh merantau ke luar negara, rupanya takdir jodoh bersama gadis Jerman

Memiliki pasangan yang berlainan sosio budaya dan bangsa pasti menjadi impian segelintir tidak kira lelaki atau perempuan di luar sana. Nak tukar angin lah katakan.

Tambahan pula perasaan tu pasti lebih terinspirasi setelah membaca kisah cinta anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang yang menemukan cinta sejatinya di Jerman.

 

Bertemu cinta di Jerman

Usahawan muda bernama Amir ini dikatakan sudah lima tahun menetap di Jerman dan siapa sangka dalam tempoh waktu yang lama itu akhirnya dia telah bertemu dengan cinta sejatinya, Michella yang berusia 23 tahun  sewaktu dia menyambung pengajian di Universiti Reutlingen, Jerman.

Niat di hati dapat restu 

Selepas mengikat tali pertunangan dengan Michelle pada tahun lalu, mereka mempunyai perancangan ingin melaksanakan pernikahan juga pada tahun yang sama namun tidak kesampaian dek kerana musim pandemik yang tidak mengizinkan.

"Mengikut perancangan, kami sepatutnya berkahwin pada tahun lalu namun terpaksa menangguhkannya kerana pandemik Covid-19 walaupun sudah mengatur majlis resepsi di kedua-dua negara."

-Amir-

Perbezaan budaya bukan satu jurang

Tidak dapat dinafikan, penyatuan dua hati yang berbeza negara ini pastinya akan menjadikan pasangan merasa kekok dan perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Tempoh waktu penyesuaian pula bergantung kepada pasangan untuk mendapatkan keserasian tersebut tetapi itu bukan masalah yang perlu diperbesarkan.

"Memang ada jurang di antara kami pada mulanya kerana perbezaan budaya dan bahasa, tetapi akhirnya dapat menerima satu sama lain dengan seadanya."

-Amir-

Menurut Amir, Michelle datang dari keluarga yang mempraktikkan tentang ajaran islam dalam kehidupan sehariannya dan tambah Amir lagi isterinya juga sedikit sebanyak tahu selok belok tentang budaya Malaysia. Itu merupakan satu kelebihan untuk Michelle dan sebagai seorang suami dia tidak menganggap pun itu sebagai jurang perbezaan yang besar.

"Meskipun Michelle anak kelahiran Jerman, keluarganya pernah menetap di Kazakhstan. Jadi, dia tahu membawa budaya timur seperti memberi salam, tidak memakai kasut di dalam rumah, berpakaian sopan dan ianya memudahkannya memahami budaya dan menyesuaikan diri di Malaysia."

-Amir-

Namun semuanya bersangkut paut dengan rezeki masing-masing. Ikhtiar lah banyak mana pun jika Allah sudah tetapkan untuk berpasangan dengan yang sama budaya,agama dan bangsa, terimalah dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih tepat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen