Hias kuaters polis jadi rumah mewah, lelaki ini hanya guna barang dari kedai Eco je

Oleh: Zuzu Yasmine

Rumah yang cantik dan selesa sememangnya memberi terapi kepada penghuninya. Bukan sahaja rasa tenang di rumah tersebut malah nak balik ke rumah pun rasa teruja.

Walaupun tinggal di rumah kuaters, tapi itu bukan alasan untuk tidak menghias rumah tersebut agar menjadi tempat yang paling selesa untuk didiami, meskipun satu hari nanti akan berpindah juga.



Biasanya kalau menghias rumah ini, ramai yang ingat perlukan modal yang banyak namun kalau pandai berjimat, gunakan barang di kedai Eco pun akan nampak lawa.

Seperti lelaki ini, Wan Mahassan yang bertungkus lumus menyiapkan dekorasi rumah kuaters PDRM yang ditinggalnya untuk tampak lebih eksklusif di dalamnya.

Dikongsikan menerusi Facebook Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY, Wan Mahassan menyatakan bahawa kebanyakkan barangan yang digunakan bagi menghiasi rumahnya adalah barang dari kedai Eco sahaja.

Meskipun sesetengah orang menganggap bahawa perkara itu membazir, namun mereka sekeluarga mahukan ketenangan dan keselesaan malah menggap itu rezeki penghuni rumah baru sekiranya mereka diarah berpindah.

“Bila ditanya tak membazir ke buat cantik-cantik? Kami senyum je, kami perlukan ketenangan dan keselesaan. Kalau hidup sekadar hidup, babi dihutan pun hidup. Jika suatu hari kami diarah berpindah, itu adalah rezeki penghuni baru. Insya Allah kami akan sedekahkan kepada siapa yang bertuah.”

Tambahnya, sekarang ini dia banyak masa di rumah berikutan Covid-19 menyerang negara, jadi kalau rumah bersepah akan membuatnya rasa tak tenang.

“Balik kerja penat-penat, tengok rumah kemas, hilang rasa penat. Sekarang musim covid, banyak masa dirumah.

“Kalau rumah bersepah dan tak kemas, tak tenang wey,” ujarnya.

Sebelum dan selepas ubah suai

Ini antara foto sebelum dan selepas ubah suai rumah tersebut. Sememangnya sangat bebeza sebelum dan selepas rumah itu diubah suai.



Untuk wainscoting yang ni saya guna material pvc. Sebatang 8 kaki. Rm 20 sebatang. (Sebatang dapat 1 frame).



Ini untuk bahagian dapur pula. Memang nampak lebih kemas dan teratur.



Kalau balik rumah lepas penat kerja terus jadi tenang je rasanya. Moga jadi manfaat dan inspirasi ramai.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen