Gurun Sahara panas terik bertukar sejuk dituruni salji

Dunia menyaksikan sekali lagi fenomena alam apabila Gurun Sahara yang terletak di Afrika dituruni salji walhal kita semua sedia maklum akan keadaan Gurun Sahara yang beriklim panas terik dan kering.

Beberapa kawasan beriklim panas turut terlibat

Fenomena itu turut terjadi di Algeria dan Arab Saudi dengan suhu masing-masing mencecah -2 darjah celcius menyamai suhu yang terjadi di Gurun Sahara.

Cuaca yang tersangat sejuk

Seorang jurugambar , Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar Ain Sefra, Algeria dekat sempadan Maghribi yang menunjukkan beberapa unta  dilitupi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada -3 darjah celcius.

Dalam satu kenyataan lagi, turut diberitahu bahawa pada bulan Januari merupakan bulan yang paling sejuk di Arab Saudi dengan suhu purata 20.2 darjah celcius.

Bukan itu sahaja, Tabuk juga merupakan antara negera yang turut terkena tempiasnya apabila negara itu akan mengalami suhu purata sehingga 4 darjah celcius

Fenomena yang jarang berlaku

Menurut kenyataan Ahli Meteorologi Accuweather, Eric Laster, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan itu namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Hal ini telah dikaji oleh seorang pakar dan mendapati jumlah hujan di Gurun Sahara mempunyai perubahan yang signifikan dalam tempoh satu abad lalu yang disebabkan oleh perubahan iklim.

Selain itu, mereka juga meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen