Disahkan positif Covid-19 sewaktu hamil, kisah ibu ini buat ramai sebak

Berperang dengan mahkluk Allah yang yang tak dapat dilihat dengan mata kasar ini sangatlah berisiko. Sejak kebelakangan ini banyak kisah yang telah dikongsikan oleh bekas-bekas pesakit Covid-19 yang kita baca atau dengar.

Rata-rata mereka yang terkena virus itu tidak mempunyai sejarah perjumpaan atau perjalanan dengan kontak rapat. Ada juga individu yang patuh SOP namun tetap terkena virus ini.

Samalah juga kisah yang diceritakan oleh seorang doktor yang merawat pesakitnya yang terkena virus Covid-19. Lebih tragis lagi apabila virus ini terkena pada seorang wanita yang sedang mengandung anak pertamanya dan usia kandungan pesakit ketika itu lebih kurang 35 minggu.

Menunjukkan simptom yang ketara 

Kejadian yang berlaku bermula apabila  wanita berkenaan mempunyai gejala-gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan kurang oksigen dalam darah. Tanpa melengahkan masa, pesakit terus dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjut dan keputusan mendapati bahawa dia positif Covid-19.

Keadaan semakin serius

Selepas dipindahkan ke ICU, doktor mendapati keadaannya semakin teruk dan kritikal. Dia menjadi semakin sesak nafas dan kadar oksigen dalam darah pula berkurang.

Bermacam cara doktor lakukan supaya tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya. Pada awalnya, wanita berkenaan ditidurkan (anaesthetise), disusuli pula dengan memasukkan tiub pernafasan (intubation), jadi wanita berkenaan perlu bernafas menggunakan alan bantuan pernafasan (ventilator) memandangkan oksigen dalam darahnya terlampau rendah.

"Pesakit tersebut faham bahawa keadaannya tenat, dia hanya mampu berdoa dan berzikir supaya dipermudahkan."

-Doktor-

Bayi terpaksa dikeluarkan

Menurut cerita yang dikongsikan oleh doktor bertugas yang merawat wanita tersebut, dia telah membuat perbincangan dengan kumpulan doktor yang terdiri daripada Doktor pakar ICU, pakar bius, pakar O&G dan pakar penyakit berjangkit untuk mengeluarkan bayi di dalam kandungannya dan dalam masa yang sama agar pesakit menjadi lebih stabil.

Keputusan itu juga dibuat setelah diberitahu oleh suaminya dan akhirnya pembedahan Caeserean Section perlu dilakukan.

Paru-paru bermasalah

Selepas pembedahan selamat dijalankan, dalam keadaan pesakit yang masih tidur dan bernafas menggunakan alat pernafasan, pesakit telah diletakkan dalam posisi meniarap untuk membantu paru-parunya sekaligus menaikkan kadar oksigen dalam darahnya.

Perkara itu kerap dilakukan sepanjang keberadaan pesakit di dalam ICU selama lebih kurang 2 bulan pesakit dirawat. Sepanjang tempoh itu, pesakit juga ada menjalani rawatan fisioterapi untuk menguatkan paru-paru dan otot kaki tangan.

Alhamdulillah, dapat jumpa suami dan anak-anak!

Siapa yang tak sedih apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta. Lebih mengujakan lagi apabila pesakit berkenaan berjaya melewati detik-detik sukar bertarung nyawa melawan virus yang terkena padanya.

Kini, dia kembali pulih dari jangkitan Covid-19 dan keadaan bayinya juga selamat tanpa menunjukkan sebarang simptom.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen