Sebagai tanda penghargaan, jurugambar sanggup tunggu lama untuk photoshoot pekerja lori sampah

Tukang mengutip sisa pembuangan merupakan antara individu yang banyak berjasa terhadap persekitaraan kita. Pekerjaan mereka mulia, tanpa mereka pasti kita tak dapat hidup dalam persekitaran yang bersih.

Namun, bagaimana kita boleh menzahirkan rasa terima kasih itu kepada mereka supaya mereka tahu yang kita semua bersyukur memiliki individu yang bertanggungjawab seperti mereka?

Ini yang dilakukan oleh seorang Jurugambar berbangsa cina sebagai menzahirkan rasa menghargai jasa mereka.

Buat sebagai tanda penghargaan

Menurut Ray, 32, yang merupakan seorang jurugambar yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam bidang tersebut, dia melakukan perkara itu sebagai tanda terima kasih.

"Ia merupakan satu tanda penghargaan buat golongan pekerja pembersihan. Saya shoot content ini sebagai tanda terima kasih atas segala kerja mereka."

-Ray-

Sanggup tunggu lama

Kebiasaanya, mereka akan datang pada waktu pagi ketika semua orang sudah pergi bekerja dan mereka ini juga akan datang kutip hasil pembuangan ini secara berjadual.

"Jarang terserempak, saya biasanya dah keluar bekerja waktu mereka datang kutip sampah. Tapi ada masa sikit sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sempatlah rakam gambar mereka."

-Ray-

Jadi pada hari itu, dia menunggu kehadiran mereka pada waktu pagi tetapi kelibat mereka masih tidak kelihatan, jadi Ray teruskan menunggu sehingga 3 jam lamanya.

" Saya tunggu mereka 3 jam hari tu, sebab sebelum ini mereka datang pagi. Hari khamis tu mereka datang dalam pukul 1.30 tengahari."

-Ray-

Jurugambar profesional

Proses penggambaran yang dijalankan selama tidak lebih 10 minit itu berjaya dibuat oleh Ray dengan mendapat keizinan dari mereka.

Lelaki berbangsa cina itu turut menyatakan rasa gembiranya apabila dapat merakamkan gambar pekerja-pekerja itu dan dia percaya mereka juga merasakan perkara yang sama sepertinya.

"Saya juga mahu mereka dihargai. Saya gembira dapat kongsi sesuatu yang positif macam ni."

-Ray-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen