"Pakcik minta maaf tak sempat berjumpa..." - Menteri Agama 'video call' kanak-kanak hilang bapa akibat Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya masih segar diingatan ramai akan seorang kanak-kanak kehilangan bapanya sewaktu menjalani Kuarantin di Pusat Kuarantin Covid-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Sebelum ini, video seorang kanak-kanak lelaki bernama Nor Atho’ullah dibawa keliling pusat tersebut sambil menerima sumbangan telah mengudang sebak ramai.



Video tersebut juga telah mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri malah telah mengambil kesempatan untuk berhubung secara atas talian dengan adik Nor Atho’ullah semalam.

Maaf tak sempat jumpa

Perkara ini dikongsikan oleh YB Menteri di laman media sosialnya dengan memberikan kata-kata semangat dan memohon maaf kerana baru berkesempatan berbual dengannya.


Menerusi perkongsian tersebut, Dr Zulkifli memohon maaf tidak sempat bertemu dengan kanak-kanak berusia tujuh tahun terbabit dan bercadang akan bertemu dengannya jika diberi keizinan.

“Pakcik mohon maaf tak dapat bertemu dengan anakanda berdua, masa tak sempat sangat. Lain kali pakcik datang kita makan nasi sama-sama,” kata Dr Zulkifli.

Turut mendoakan

Dalam pada itu, Dr Zulkifli juga turut mendoakan kesejahteraan roh allahyarham ayah adik Nor Atho’ullah yang telah pergi akibat Covid-19.

Berdasarkan perbualan itu juga, kakak kanak-kanak berkenaan yang berusia 26 tahun turut menyatakan bahawa menjalani perniagaan membekalkan roti-roti ke stesen minyak berhampiran bagi memperoleh pendapatan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen