Zoey Rahman sujud syukur lihat 'billboard' sendiri tepi highway

Zoey Rahman antara satu nama yang tidak asing dalam kalangan selebriti. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah turut dikenali sebagai seorang pengacara. 

Setelah sekian lama menyepi dalam industri seni, rupa-rupanya dia telah mengambil keputusan untuk berkecimpung di dalam bidang perniagaan pula dan hasil usaha keras selebriti itu akhirnya telah membuahkan hasil yang dia sendiri tidak sangka boleh sampai ke tahap itu.

Permulaan yang sukar

Permulaan kepada sesebuah kejayaan itu tidak semuanya bermula dengan kemanisan, justeru itu apabila seseorang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan ini dia perlu kuat terutamanya dari segi mental kerana memang sukar untuk menarik pelanggan mempercayai produk keluaran kita.

Sebagai seorang manusia biasa, Zoey mengakui bahawa dia juga mengalami perkara yang sama meskipun dia seorang selebriti dan dikenali tetapi ketika mula-mula bisnesnya mahu mula bekembang, dia mengalami kepayahan apabila tiada siapapun datang memberi semangat dan keyakinan sebaliknya mereka mengata dan mengutuk.

 

Ibu sumber kekuatan

Di balik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang perempuan kuat di belakangnya bagi mendukung segala jatuh bangun lelaki tersebut. Frasa itu sering kita dengar tatkala melihat kejayaan seorang yang bergelar lelaki. Namun sedikit berbeza sikit dengan cerita Zoey yang masih berstatus 'single' ini.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai ketika ini adalah hasil daripada doa ibunya yang selalu menyokong minatnya dalam bidang perniagaan di saat semua orang disekelilingnya cuba untuk mematahkan semangatnya.

Gugur air mata kejayaan

 

Menerusi postingnya di laman Instagram pada 18 Januari yang lalu, Zoey berjaya menaikkan dua billboard sekaligus di sekitar Lebuhraya Persekutuan.

Selain itu, dia  turut melakukan sujud syukur  tanda berterima kasih kepada Allah SWT dengan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.

Hal ini kerana dia mengakui bahawa agak susah untuk melihat papan tanda jenama besar tempatan di sekitar lebuhraya berkenaan.

"Alhamdulillah, dalam hati saya menangis gembira dan terharu. Hanya kalimah syukur dan sujud tanda hati ini sangat berterima kasih pada yang Maha Esa."
-Zoey Rahman-

Tahniah di atas kejayaan!

Kejayaan ini turut disaksikan oleh ribuan pengikut Instagramnya yang lain dengan disertai ucapan tahniah dari mereka yang turut bangga dengan pencapaiannya.

Kini dia merupakan seorang usahawan kosmetik yang mempunyai produk sendiri iaitu 'MIKASERIES'. 

Semoga menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang hampir putus asa dengan ujian hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen