Terlalu penat dan letih tangani Covid-19, Dr. Ali pengsan sebelum meninggal dunia

Setelah hampir setahun negara berperang dengan wabak Covid-19, malah setiap hari peningkatan kes baru semakin ramai dan mencetuskan kebimbangan semua orang.

Pada ketika ini lebih membimbangkan adalah keletihan petugas kesihatan yang berhempas pulas memerah tenaga dari awal penularan wabak hingga ke hari ini.



Semalam, seorang doktor yang bertugas di barisan hadapan bagi memerangi wabak tersebut telah pergi dijemput Ilahi kerana keletihan.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook.



Menerusi hantaran tersebut, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun Facebook miliknya.


Difahamkan, Allahyarham tertidur ketika bertugas dan pengsan.

SPJM turut berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.



Menurut SPJM, arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

"Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

"Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak," katanya.

SPJM turut menyatakan bahawa mereka kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

"Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya," katanya.

Anda masih keseorangan?

884,314 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen