Alami kecacatan wajah kerana kemalangan, gadis tetap cantik di hari bahagia

Kecantikan itu merupakan satu bonus yang mungkin tidak dimiliki oleh semua orang. Namun, paras rupa yang dibanggakan itu belum tentu memberi satu jaminan akan kebahagiaan dalam rumah tangga.



Walau bagaimanapun paras rupanya, tapi hati yang baik dan ikhlas akan tetap dipandang akhirnya.

Terkena enjin bot

Tular di aplikasi TikTok mengenai satu video memaparkan seorang wanita di Indonesia yang mengalami kecacatan fizikal pada bahagian wajahnya sejak beberapa tahun lepas.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang jurusolek Koko Vania yang memaparkan dia sedang melakukan solekan untuk seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu sebelum melangsungkan majlis perkahwinan.

Difahamkan, mereka berdua adalah rakan baik sewaktu di bangku sekolah dan kecacatan dialami itu dipercayai akibat terkena enjin bot tidak lama dahulu.



Makin berseri lepas disolek

Kelihatan lebih berseri selepas mengenakan makeup, Ayu juga kelihatan gembira akan penampilan tersebut.



Ayu juga turut berkongsi video bersama suaminya ketika bersanding di atas pelamin di akaun TikTok miliknya.



Hasil solekan tersebut amat cantik sekaligus menaikkan seri wajah Ayu yang sememangnya sedang berbahagia apabila dia akhirnya menemui lelaki yang terima kekurangan dirinya.

"Moga berbahagia selalu"

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan kecantikan dan wajah manis wanita tersebut. Malah turut tumpang gembira kerana akhirnya Ayu menemui pasangan hidupnya.

Bahkan, warganet turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen