Bakal pengantin maut tersepit lif, sempat ambil foto 'pre-wedding' sebagai kenangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta bertahun-tahun tentunya ingin berakhir di jinjang pelamin. Namun, jodoh, ajal dan maut ini telah ditetapkan oleh Allah, kita hanya mampu merancang sahaja.

Itulah yang dilalui pasangan ini apabila hasrat untuk membina rumah tangga bersama hancur apabila bakal isteri disahkan meninggal dua minggu sebelum tiba hari bahagia mereka.




Menerusi laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai Widia Wati telah meninggal dunia selepas tersepit pada lif di tempat kerjanya.




Lebih sedih lagi apabila wanita berusia 24 tahun itu sedang merancang majlis pernikahan bersama kekasih hati, Sandri Sinaga malah pasangan ini juga telah siap melakukan foto ‘pre-wedding’.

”Perancangannya adalah untuk menikah pada tarikh 29 Januari dan pada 30 Januari adalah majlis resepsi di rumahnya tetapi mangsa meninggal dunia kerana tersepit lif,” kata Ketua Desa Tanjung Baru, Azman Ginting kepada Tribun News.

Menurut sumber, keluarga arwah hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulung dari empat beradik itu setelah arwah dibawa ke hospital oleh pihak syarikat.

Ahli keluarga dan bakal suaminya dikatakan tidak dapat menahan sebak ketika jenazah dibawa pulang apatah lagi apabila persiapan perkahwinan telah siap dilakukan kini menjadi kenangan terakhir arwah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen