Wawa Zainal buktikan kahwin muda bukan penghalang untuk berjaya

Nama Wawa Zainal semakin tenggelam dalam industri seni sejak beberapa dekad yang lalu. Namun namanya masih dikenali di kalangan para wanita di luar sana apabila dia telah berjaya memiliki produk kosmetik sendiri yang dikenali sebagai 'Wawa Cosmetic' sehingga berjaya menubuhkan wisma 3 tingkat hasil usaha titik peluhnya bersama suami tercinta.

Disebalik kejayaannya itu, Wawa turut berkongsi sedikit kisahnya yang pernah mengalami zaman kejatuhan sebelum dia berjaya sampai ke tahap sekarang ini menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dulu hanya mampu bermimpi

Tipulah kalau sebelum kejayaan kita, kita tak bertemu dengan manusia yang toksik yang kerjanya asyiklah ingin mematahkan semangat.

Begitulah juga dengan Wawa Zainal yang kini merupakan seorang usahawan kosmetik sehingga berjaya menubuhkan wisma sendiri hasil usahanya bersama suami tercinta, Aeril Zafril.

"Dulu Wawa selalu bermimpi ingin memiliki wisma sendiri, alhamdulillah mimpi jadi kenyataan."

-Wawa Zainal-

'Kahwin muda bukan kekal lama pun', Wawa buktikan sebaliknya.

Wawa dan Aeril telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 secara tertutup sehingga tidak diketahui oleh pihak media. Umur yang masih muda pada ketika itu membuatkan rata-rata peminat tidak terkecuali warganet juga meragui jika hubungan mereka mampu kekal.

"Tapi kata-kata mereka, Wawa jadikan pembakar semangat untuk terus melangkah, terbang lebih tinggi dan alhamdulillah hari ni aku berjaya buktikan yang aku juga boleh berjaya."

-Wawa-

Sering dipandang rendah

Meskipun mereka berdua seorang selebriti dan dikenali namun mereka juga tidak terkecuali daripada menerima segala cemuhan dan sering dipandang rendah oleh individu yang tidak bertauliah di luar sana.

Ibu kepada tiga orang anak itu masih kekal humble walaupun setelah menerima pelbagai kritikan dan kecaman yang boleh menjatuhkan semangatnya.

"Dan ketika kita dah capai apa yang kita impikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain."
-Wawa Zainal-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen