Hari pertama sekolah, calon SPM parah jatuh dari tingkat 3

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari pertama persekolahan tentunya hari yang gembira buat semua pelajar. Mana tidaknya, masing-masing lengkap dengan pakaian baru malah masa ini juga mereka melepaskan rindu pada rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka.



Walaupun sebilangan besar masih meneruskan pembelajaran secara atas talian dari rumah, namun para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan umum dibenarkan untuk kembali ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran seperti biasa.

Calon SPM jatuh dari tingkat 3

Teruja akan hari pertama persekolahan, namun seorang pelajar dipercayai cedera parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya, Kucing, hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi ketika pelajar itu berada berhampiran kelasnya.





Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7 pagi.

"Mangsa merupakan pelajar tingkatan lima aliran sains berumur 17 tahun," katanya ketika dihubungi.

Sedang terima rawatan di ICU

Jelasnya, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans dan kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Awang Din berkata, punca kejadian masih dalam siasatan polis.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen