Penemuan isyarat SOS pada peta berhampiran lokasi kejadian nahas Sriwijaya Air

Pada 9 Januari 2021 yang lalu, Indonesia mengkhabarkan satu berita duka apabila pesawat Sriwijaya Air yang bernombor SJ-182 telah hilang kawalan dan jatuh ke dasar laut.

Walaupun operasi mencari kotak hitam berjaya ditemui namun pencarian mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas masih diteruskan.

Menemui isyarat SOS dalam peta

Susulan perkara itu, hanya sebilangannya sahaja mangsa yang berjaya ditemui.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini warga Indonesia telah merungkai satu perkara misteri apabila mereka menemui tanda isyarat SOS pada Google Maps.

Lokasi berhampiran tempat pesawat jatuh

Video penemuan tanda isyarat itu telah tular di laman TikTok dan mendapati lokasi tersebut berada berhampiran dengan lokasi kejadian jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang lalu.

Laporan telah dibuat

Sehubungan itu, perkara tersebut telahpun dimaklumkan kepada akaun media sosial Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan di sana untuk menjalankan siasatan lebih lenjut berkenaan perkara tersebut.

Hanya spekulasi

Perkara ini mendapat banyak pandangan dan andaian dari netizen di sana.

Walaubagaimanapun, tanda itu masih berada dalam aplikasi 'Google Maps' cuma pihak berkuasa di sana tidak memberi sebarang jawapan kerana takut ianya hanyalah rekaan semata,ada segelintir pula mengaitkan ia dengan perkara mistik. Kini siasatan masih dibuat sebelum mereka mensahihkan perkara tersebut kepada umum.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen