36 calon bakal duduki SPM & STPM positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam tidak lama lagi.

Sebilangan besar pelajar masih lagi meneruskan pembelajaran atas talian bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar.


Menerusi laporan Harian Metro, seramai 36 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah, disahkan dijangkiti COVID-19.



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes dikenal pasti menerusi ujian saringan sebelum pelajar dibenarkan kembali ke asrama bagi mengikuti sesi pembelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan awam berkenaan.

"Setakat 20 Januari, seramai 36 pelajar SPM dan STPM disahkan dijangkiti COVID-19 melalui saringan balik ke asrama mulai 16 Jan lepas," katanya.


Katanya, pelajar terbabit masih boleh meneruskan pembelajaran ketika menjalani tempoh kuarantin.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri.

"Pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistrine Radin berkata, langkah pencegahan diambil bagi memastikan tiada pelajar yang dijangkiti Covid-19 berada di dalam asrama sekolah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen