Tips Agar Bebas Selamanya Dari Masalah Kewangan.

Pernah dengar istilah popular ‘life begins at forty’? Buat anda yang sudah memasuki usia 40-an, jangan takut dengan ungkapan tersebut. Pada usia 40 tahun, anda harus memulakan hidup yang baru. Kenapa 40 tahun? Usia 40-an seseorang dianggap sudah matang secara emosional. Selain itu, usia 40 merupakan anda telah stabil dari secara ekonomi. Seseorang dianggap tidak berjaya jika di usia 40 tiada perubahan signifikan dalam kerjaya dan kewangan. Masih ramai mereka yang berusia 40-an tetapi belum mapan secara kewangan. Misalnya, masih tinggal di rumah sewa. Tiada kenderaan sendiri dan lain-lain. Ya, material dan aset bukan semata-mata ukuran kebahagiaan seseorang. Tapi setidaknya, boleh menjadi penunjuk kejayaan dalam karier. Satu perkara yang perlu diingat, usia 40-an itu sudah menjelang usia senja. Di usia ini kesihatan seseorang mula terdedah. Daya tahan tubuh menurun. Rambut mula memutih, pendengaran, penglihatan mulai berkurang. Tentunya menjadi peringatan buat anda yang masih berusia di bawah 40. Masa yang ada mestilah digunakan dengan sebaiknya. Setidaknya, anda boleh semak 10 nasihat kewangan berikut ini.



1. Ada matlamat hidup.

Manusia mesti mempunyai tujuan hidup, terutama soal kewangan. Jika anda ada pendapatan sendiri, mulai tentukan tujuan hidup. Paling tidak anda boleh mensasarkan peningkatan kualiti hidup setiap masa. Jangan tunggu sehingga usia 40 baru menentukan tujuan hidup. Boleh ‘jilake’ nantinya. Ingat anda juga harus mempunyai perancangan yang jelas. Sebabnya, tujuan tanpa rancangan cuma harapan.

2. Hidup berhemat.

Ketika karier dan pendapatan meningkat, para pekerja muda biasanya mudah lupa diri. Sering beranggapan hidup ‘YOLO!’. Rezeki melimpah, menikmati hidup dengan cara berfoya-foya. Gaya hidup boros. Makan di restoran mamak, eh tiba-tiba kerap ke tempat-tempat hipster. Jika sebelum, melepak sebulan sekali, terus berubah jadi empat kali sebulan. Bukannya tidak boleh menikmati hidup. Tapi alangkah baiknya mula berhemat ketika anda ada rezeki lebih untuk masa depan. Jangan terlalu membazir ya.



3. Sasaran.

Target dalam hidup itu penting. Kebanyakan pekerja muda ada prinsip, hidup itu mengikuti kemana angin bertiup. Oh no! Itu namanya tiada sasaran jelas. Jika berpegang pada prinsip tersebut, alamatnya anda jadi terlalu santai dan meremehkan sesuatu. Anda harus ada sasaran. Misalnya, usia 25 harus berkahwin dan ada kenderaan sendiri Umur 30 ada rumah sendiri. Jadi, anda akan terus sentiasa bermotivasi diri untuk mengapainya. Hidup jangan terlalu santai ya!

4. Menabung saja tidak cukup, pelaburan juga perlu.

Sejak kecil kita pasti sering diajar untuk menabung menggunakan duit poket sendiri hingga ada akaun bank sendiri. Tapi, cukup atau tidak jika hanya menabung dengan membahagikan jumlah pendapatan bulanan? Ingat, bunga bank itu relatif kecil. Untuk menambah sumber kewangan, tiada salahnya mula cuba melabur. Ya, tidak susah untuk mula fikirkan satu pelaburan yang besar. Sesuaikan saja dengan kemampuan anda. Mulakan dari yang kecil dulu.

5. Belajar dari kesalahan.

Tiada manusia yang sempurna. Ketika anda tahu melakukan kesalahan, cuba belajar dari kesalahan. Jangan terperangkap pada penyesalan. Anda harus belajar supaya tidak mengulangi kesalahan lagi di masa depan. Anda perlu berusaha untuk lebih baik. Kesalahan adalah sebuah pengalaman. Jadikan kesilapan itu sebagai guru yang terbaik. Ingat, kesalahan terburuk adalah tidak belajar dari kesilapan sendiri.



6. Jangan mudah menyerah, dan selalu disiplin.

Meraih kejayaan itu tidak mudah. Anda mesti bersemangat pantang menyerah. Kejayaan itu bukan hasil dari bermalas-malasan, tapi hasil dari ketekunan dan kerja keras. Mudah menyerah adalah ciri-ciri orang yang susah berjaya. Yang penting anda harus berdisiplin. Mulai dari perkara yang kecil, misalnya bangun pagi takut lewat ke pejabat. Jangan menyerah pada kemalasan atau kesukaran hidup. Kadang-kadang, itu hanyalah kebimbangan yang berlebihan. Jadi, jangan menyerah sebelum berperang ya!

7. Memperluaskan rangkaian.

Memperluaskan jaringan di sini bukan sekadar di sosial media. Anda harus bersosial dengan seramai mungkin. Pergaulan anda harus luas. Anda perlu membina hubungan baik dengan ramai orang dari pelbagai kalangan orang. Anda tidak pernah tahu nasib atau peluang yang boleh diperolehi dari orang-orang yang anda temui dan kenali.

8. “Me” time itu penting!

Ya, biarpun sibuk mana diri anda bekerja keras mengumpulkan harta untuk masa depan, jangan lupa juga untuk menghiburkan diri. Oleh itu, anda perlu ada ‘me’ time sekali-sekala. Hiburan itu boleh menambah tenaga baru dan membuat anda jadi lebih kreatif.

9. Penting untuk ada insurans.

Kita tidak akan tahu yang akan terjadi di masa depan. Tiada salahnya anda sudah mempersiapkan segala sesuatunya, termasuk melindungi diri dengan insurans. Sekarang sudah banyak pilihan produk insurans. Jadi, tiada alasan lagi untuk menunda memiliki insurans.

10. Berani.

Jadilah anak muda yang berani. Tapi bukan jadi jaguh jalanan ya. Jika anda ada idea, ungkapkan saja jangan malu atau takut berdiri di bawah tapak kaki sendiri. Demikian juga ketika membuat keputusan. Jika anda niat menjadi usahawan, jangan takut muflis. Ketakutan seperti ini yang biasanya menjadi faktor penghalang utama untuk berjaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen