Polis saman cashier, tak pakai 'glove' kini boleh disaman?

Oleh: Zuzu Yasmine

Susualan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membendung wabak tersebut seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, penggunaan pelitup muka atau ‘mask’ di tempat awam juga diwajibkan, malah akan didenda sekiranya tidak mengikuti SOP yang ditetapkan.

Glove kini wajib dipakai?

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman Twitter yang dikenali sebagai Z akan penggunaan sarung tangan ketika berada di tempat awam juga dikatakan telah diwajibkan.


Menerusi video yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter, dimana rakaman tersebut memaparkan seorang wanita dipercayai tidak memakai sarung tangan dan juga telah disaman oleh anggota polis yang berada di situ.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata meluahkan rasa keliru akan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.


Malah pengguna laman Twitter terbabit juga menyatakan bahawa sekiranya lakonan ataupun tidak perkara tersebut akan mengelirukan mereka yang berumur.



Tiada SOP seperti itu

Namun begitu, Tweet tersebut telah dibalas oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi akuan Twitter miliknya dengan menyatakan bahawa tiada SOP sedemikian rupa.



Harap tidak kelirukan lagi

Sehubungan itu, warganet berharap agar pihak kerajaan meletakkan garis panduan yang betul bagi mengelakkan kekeliruan yang berlaku dalam kalangan orang ramai.

Bahkan, berharap agak pihak berkuasa untuk menegur terlebih dahulu jika orang ramai terlihat culas akan SOP yang ditetapkan sebelum mengeluarkan saman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen