Aeril Zafrel positif Covid-19, kini sedang kuarantin kendiri di rumah

Oleh: Zuzu Yasmine

Aeril Zafrel yang merupakan pelakon dan juga usahawan baru sahaja memaklumkan menerusi laman Instagram miliknya bahawa dia disahkan positif Covid-19.


Menurutnya, dia mendapat tahu bahawa dia positif dengan virus tersebut selepas membuat ujian saringan pada Selesa lalu.



Aeril menyatakan bahawa dia telah membuat ujian saringan tersebut di klinik swasta bersama pengurusnya yang mengalami gejala tidak sihat beberapa hari.


Jelasnya, dia telah pergi melawat pengurusnya Isnin lalu, malah pada keesokan harinya, dia dan PA telah pergi ke klinik untuk lakukan ujian saringan dan mereka disahkan positif pada malam hari.



Pada ketika ini, Aeril menyatakan bahawa dia melakukan kuarantin kendiri di bilik tingkat atas rumahnya dan seluruh ahli keluarga serta staf yang ditemui juga telah melakukan saringan.

Sehubungan itu, Aeril juga memohon doa ramai agar mendoakan ahli keluarga dan mereka yang berada di sekitarnya bebas daripada jangkitan wabak tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen