Ibu terdesak mencuri ditahan, Ketua Polis PJ datang melawat berserta barang sumbangan

Ketika wabak Covid-19 melanda negara, sememangnya ramai yang terjejas teruk akan penularan wabak tersebut. Ada yang dibuang kerja malah dipotong gaji antara kesan yang terpaksa diterima oleh ramai orang.


Baru-baru ini, seorang ibu dikatakan telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya. Antara barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat - ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Beri sumbangan makanan harian

Atas belas ehsan dan keprihatinan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal telah datang ke rumah wanita berkenaan serta menyumbang sedikit barangan makanan dan barangan harian.


Hal itu telah dikongsikan di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya dengan menyertakan gambar-gambar pertemuan mereka.

Suami tidak berkerja kerana pandemik

Berdasarkan maklumat, suami wanita berkenaan tidak berkerja akibat kesan pandemik Covid-19, malah ketika itu ibu kepada tiga orang anak ini juga dikatakan terdesak untuk mendapatkan kool fever berikutan salah seorang anaknya itu sedang demam.

"Terima kasih Tuan Ezzanee"

Sehubungan dengan itu, warganet telah telah menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan ACP Nik Ezanee yang begitu dekat dengan masyarakat. Malah berharap agar ada lebih ramai lagi pegawai atasan Polis Diraja Malaysia bertindak seperti beliau.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen